fbpx
JDT terpaksa akur dengan kelebihan Buriram yang beraksi di laman sendiri apabila tewas pada aksi kelmarin. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

ACLE: Terleka punca JDT dihukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT) Xisco Munoz menuntut pemain untuk belajar daripada kekalahan 1-2 kepada Buriram United pada aksi Kumpulan A, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), malam kelmarin.

Munoz, 45, berkata, pemain juga perlu jadikan kekalahan itu untuk terus bangkit meraih kemenangan pada perlawanan yang akan datang.

Tambahnya, antara perkara yang dipelajari dalam perlawanan menentang Thunder Castle itu adalah untuk memanfaatkan setiap peluang dengan menghasilkan jaringan.

“Pada perlawanan itu, JDT berjaya melakukan banyak perkara positif termasuk menguasai permainan dan menyerang.

“Namun, dalam bola sepak, kita tidak boleh leka hingga memberi ruang serta peluang kepada pihak lawan terutamanya dalam kotak penalti.

“Situasi seperti ini boleh mengubah rentak perlawanan. Justeru, kita perlu belajar daripada kesilapan ini serta memperbaiki kelemahan dan cuba memberikan sesuatu yang lebih baik pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, JDT terlebih dahulu berada di hadapan hasil rembatan Antonio Glauder pada minit ke-28 sebelum pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-50 hasil jaringan Suphanat Muenta.

Pemain import dari Austria, Robert Zulj, memastikan kemenangan buat Buriram United apabila meledak gol kedua pasukan pada minit ke-54.

Dalam pada itu, penyerang Harimau Selatan, Joao Figueiredo menyifatkan kekalahan tersebut amat memeritkan setelah rakan sepasukan membuat persiapan rapi untuk berdepan pasukan kendalian Osmar Loss.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN