fbpx
Gambar hiasan.

Zara Qairina bersumpah ‘wallahi’ nafi mencuri, menangis ke tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Saksi kelapan inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir memaklumkan kepada Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa anak muridnya itu menangis dan menafikan perbuatan mencuri sebelum kali terakhir dilihat menuju ke tandas.

Azhari Abd. Sagap, 31,  yang merupakan Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha berkata, dia menerima salinan imbasan pengakuan bertulis daripada lima pelajar berhubung perkara tersebut.

Katanya, dokumen berkenaan ditulis selepas beliau mengarahkan warden untuk menyiasat perkara itu pada 16 Julai lalu sejurus pelajar tingkatan satu terbabit dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini.

“Pada malam sebelum Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri, seorang pelajar tingkatan satu ada membuat aduan kepada ketua dorm (bilik asrama) yang dia kehilangan barang kepunyaannya.

“Sejurus itu, Zara dipanggil oleh ketua dorm dan ditanya sama ada dia mencuri barang itu atau tidak. Dia menafikannya dan bersumpah ‘wallahi’,” katanya ketika prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Azhari memberitahu, pelajar-pelajar turut menyelongkar lokar dan beg Zara Qairina sebelum dikatakan menemui pin Jalur Gemilang milik ketua dorm tersebut. Bagaimanapun, Zara Qairina sekali lagi menafikan mengambil barang itu.

“Zara dikatakan terus meninggalkan bilik itu sambil menangis dan menjerit: ‘Aku tidak mencuri bah, bodoh’. Saya dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang pelajar tingkatan satu.

“Dia keluar dari bilik itu sambil menangis dan pergi ke tandas. Itu dikatakan kali terakhir pelajar-pelajar melihat dia,” kata saksi itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI