fbpx
Tangkap layar video TikTok memaparkan dua beranak berpakaian Spiderman cuba mencari rezeki di stesen minyak berdekatan Sungai Udang, Melaka.

[VIDEO] ‘Masing-masing ada ujian sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua beranak yang memakai kostum Spiderman untuk mencari rezeki di stesen minyak berdekatan Sungai Udang, Melaka menarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @ataaayisy memaparkan rakaman si bapa termenung panjang melihat tingkah laku anak kecil bermain keseorangan.

“Masing-masing ada ujian sendiri,” kata pemilik akaun itu pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berasa tersentuh hati dengan video itu dan memberi maklumat mengenai lokasi keberadaan dua beranak tersebut.

“Sedih tengok anak beranak itu, memang setiap hari ada di situ,” komen @mr_i0808

“Semua lelaki cuba beri kehidupan yang terbaik untuk keluarga,” kata @lakibini164

“Semoga abang ini sentiasa dilimpahkan rezeki yang takkan putus,” ujar Zain.

“Benda ini setengah orang akan rasa lawak sebab mereka pakai baju Spiderman, tapi kalau fikir balik susahnya mereka nak cari rezeki,” komen @nadssnn – KOSMO! ONLINE

@ataaayisy masing” ada ujian sendiri #spiderman #4upage ♬ original sound – arcadia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN