fbpx
AISAR Khaled ketika menghulurkan bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Bali. - AGENSI

Tidak dijangka, Aisar Khaled dihalau ketika hulur bantuan mangsa banjir di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Perkara tidak diduga berlaku kepada pesohor media sosial, Aisar Khaled ketika dia berkunjung ke Pulau Bali bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir, lapor portal berita Suara.com hari ini.

Tanpa disangka, Aisar sebaliknya diusir oleh penduduk setempat dalam insiden yang dirakam lensa kamera.

Kejadian itu disiarkan menerusi akaun TikTok @/illaaryantyz0 hari ini. Rakaman bermula dengan Aisar dikerumuni penduduk setempat.

Situasi yang ketika itu kelihatan kondusif tiba-tiba bertukar tegang apabila seorang lelaki datang dan mengherdik Aisar.

Bukan sahaja membentak, malah, lelaki itu menuduhnya mencari publisiti ketika berlaku bencana iaitu banjir.

“Jangan kamu berada di sini lagi. Kami mahu melakukan kerja pembersihan, kamu mencetuskan kesesakan lalu lintas,” kata lelaki berkenaan

Apabila dia semakin berkeras, Aisar serta pasukannya akur dan meninggalkan lokasi kejadian.

Seorang penduduk setempat kemudian memberitahu bahawa mereka sedang memindahkan sampah sarap yang dibawa banjir, melibatkan penggunaan beberapa buah lori.

Perbuatan Aisar itu mengakibatkan kesesakan dengan lori-lori sampah itu tidak dapat bergerak kerana orang ramai meletakkan motosikal di laluan untuk mendapatkan bantuan yang diberikan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI