PETALING JAYA – Penduduk di Sarawak dan beberapa daerah di Sabah dijangka berdepan cuaca buruk hingga pukul 9 malam ini.
Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau) di Sarawak.
Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran). – KOSMO! ONLINE















