fbpx
QABIL bersemangat untuk memburu satu lagi kejayaan musim ini di MiniGP World Final selepas mengesahkan kejuaraan di ESBK.

Qabil pasang sasaran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA muda negara, Qabil Irfan Azlan tekad menutup musim 2025 dengan memburu kejayaan pada pusingan akhir Kejuaraan Dunia MiniGP di Valencia, Sepanyol bulan depan, selepas mengesahkan kejuaraan keseluruhan ESBK Talent 2025 di Portugal minggu lalu.

Kemenangan berganda di Litar Estoril bukan sahaja menobatkan pelumba berusia 13 tahun itu sebagai juara ESBK Talent, malah membuktikan anak jati Malaysia itu kini setaraf dengan pelumba elit dari lebih 20 negara yang bersaing dalam kejuaraan berprestij tersebut.

“Selepas kejayaan di ESBK ini, saya rasa lebih bersemangat untuk bersaing di MiniGP World Final,” katanya.

Baginya, cabaran di Valencia dijangka lebih getir kerana majoriti pelumba yang tampil adalah muka baharu dari Eropah, sekali gus memberi dimensi berbeza terhadap persaingan.

“Saya rasa tahun ni mungkin kebanyakan pelumba baharu. Insya-Allah dengan kemenangan ini saya lebih yakin untuk menghadapi Valencia nanti,” ujarnya.

Qabil juga mahu kejayaan yang diraih di Portugal menjadi inspirasi kepada pelumba muda Malaysia untuk berani mencabar di pentas antarabangsa.

“Saya harap kemenangan ini boleh beri contoh kepada pelumba MiniGP dari Malaysia. Saya harap mereka pun boleh buat,” jelasnya penuh semangat.

Pentas akhir Kejuaraan Dunia MiniGP 2025 bukan sekadar peluang memburu podium, tetapi juga pentas penting untuk Qabil menyerlahkan bakatnya kepada pencari bakat antarabangsa ketika musim MotoGP melabuhkan tirai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN