fbpx
Keadaan pendaki yang ditinggalkan keseorangan. - Instagram

Pendaki hipotermia kena tinggal berseorangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pendaki Gunung Ciremai, wilayah Jawa Barat, ditinggalkan berseorangan oleh rakan sekumpulannya di tengah laluan pendakian ketika dia mengalami hipotermia, lapor laman berita iNews semalam.

Video mengenainya dikongsikan seorang jurupandu arah bernama Ami.

Menurut Ami, ketika membawa sekumpulan pendaki pada 14 September lalu, dia menemukan lelaki berkenaan sedang terbaring di tengah laluan trek.

“Selepas ditanya, lelaki itu memberitahu bahawa dia ditinggalkan rakan-rakannya yang menuju ke puncak gunung. 

“Dia juga tidak memakai stoking dan kasut, menyebabkan badannya semakin kesejukan,” kata Ami.

Ami dengan segera memakaikan stoking kepada mangsa dan menyelimut badannya menggunakan selimut serta kerajang aluminium.

“Selepas keadaannya bertambah baik, kami meneruskan pendakian ke puncak,” kata Ami

Sambil menambah, jangan sesekali meninggalkan rakan berseorangan ketika mendaki gunung kerana ia amat berbahaya.

Video kejadian itu menjadi tular di media sosial dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Hindari rakan-rakan yang ego dan berasa dirinya paling hebat serta tidak setia kawan,” kata seorang penggua media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN