fbpx
QUARTARARO menganggap tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan jentera V4 Yamaha yang baharu. - AFP

MotoGP: Quartararo beri reaksi dingin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MISANO – Harapan tinggi Yamaha terhadap projek jentera V4 mendapat tamparan awal apabila Fabio Quartararo tampil dengan reaksi dingin selepas sesi ujian pasca Grand Prix (GP) San Marino, Isnin lalu.

Jentera baharu itu sepatutnya menjadi senjata utama bagi menyaingi dominasi Ducati, namun juara dunia 2021 itu mengakui ia masih gagal mengatasi kelemahan utama Yamaha, malah tidak memberi sebarang penambahbaikan ketara.

“Buat masa ini ia lebih teruk. Sensasinya hampir sama dengan enjin inline-four, masih banyak perkara perlu diperbaiki. Nikmat tunggangan itu masih belum ada, tiada apa yang boleh saya tambah,” kata Quartararo.

Quartararo sebelum ini sempat menguji prototaip V4 di Barcelona bulan lalu dan ketika itu merasakan sedikit peningkatan, tetapi ujian di Misano jelas mendedahkan masalah besar, terutama ketika melalui selekoh.

“Saya tidak nampak sebarang peningkatan pada bahagian yang benar-benar kita perlukan. Memang ada ruang untuk dibaiki, secara teori, tapi setakat ini tiada apa-apa,” katanya.

Berbeza dengan Quartararo, pelumba ujian Augusto Fernandez menyifatkan jentera itu sudah mempamerkan potensi, tetapi kurang konsisten, manakala Jack Miller pula optimis ia bergerak ke arah betul.

Namun, Quartararo semakin terdesak mencari jentera kompetitif dan reaksi dingin itu menjadi isyarat jelas bahawa projek V4 Yamaha masih jauh daripada tahap sebenar untuk menandingi Ducati dan Aprilia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI