fbpx
Gambar hiasan - Foto FACEBOOK SUMUD NUSANTARA OFFICIAL

Malaysia, Indonesia, Qatar antara negara desak perlindungan Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia bersama 15 negara lain termasuk Indonesia, Qatar, Turkiye, Afrika Selatan dan Pakistan menyuarakan kebimbangan serius terhadap keselamatan misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang sedang menuju ke Gaza.

Dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, para menteri luar negara berkenaan menegaskan sokongan penuh terhadap inisiatif masyarakat sivil yang melibatkan rakyat dari negara masing-masing, sambil mendesak agar keselamatan semua peserta flotilla dijamin sepenuhnya.

“Flotila ini bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza serta meningkatkan kesedaran tentang keperluan mendesak rakyat Palestin dan desakan agar peperangan di Gaza dihentikan.

“Objektif flotila untuk menyampaikan bantuan, memperjuangkan keamanan sejagat dan mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan, turut dikongsi oleh kerajaan-kerajaan kami,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu turut disokong oleh Bangladesh, Brazil, Colombia, Ireland, Libya, Maldives, Mexico, Oman, Slovenia dan Sepanyol.

Ia menegaskan bahawa semua pihak mesti menahan diri daripada melakukan sebarang tindakan ganas atau melanggar undang-undang terhadap flotilla berkenaan.

Para menteri luar juga mengingatkan bahawa sebarang pelanggaran hak asasi manusia atau serangan ke atas kapal di perairan antarabangsa akan membawa kepada tindakan akauntabiliti selaras dengan undang-undang antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN