fbpx
Anthony pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Identiti Korporat Baharu CAAM di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

MAHB perlu reka bentuk semula punca bekalan elektrik di KLIA 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) diminta untuk reka bentuk semula punca kuasa bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 supaya insiden gangguan elektrik tidak berulang lagi.

Menurut beliau, bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang pada masa akan datang, perkara tersebut akan disusuli dengan tindakan selanjutnya.

“Mereka telah hantar laporan kepada kita (mengenai) apa puncanya dan seperti yang saya katakan, mereka perlu ‘redesign’ punca kuasa itu (iaitu) punca bekalan elektrik untuk memastikan supaya ‘blackout’ seperti ini tidak berlaku lagi.

“Itu akan disusuli dengan tindakan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas melancarkan identiti korporat baharu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, gangguan elektrik yang berlaku KLIA Terminal 2 pada 28 Ogos lalu disifatkan tidak boleh diterima sama sekali kerana menjejaskan imej negara.

Kejadian tersebut berlaku ketika Anthony Loke menghadiri majlis pelancaran “Tap, Travel and Discover” anjuran gateway@klia2 di terminal berkenaan.

Susulan itu, beliau mengarahkan MAHB dan gateway@klia2 menyediakan laporan penuh dalam tempoh 24 jam mengenai punca insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN