fbpx
Maggi menyokong program Keretapi Sarong 2025 yang mendapat perhatian pelancong di dalam dan luar negara.

Maggi sokong program Keretapi Sarong 2025 warisan satukan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Maggi melihat penganjuran acara Keretapi Sarong 2025 yang telah berlangsung hujung minggu lalu, bukan sahaja dimeriahkan oleh kehadiran pengunjung berpakaian tradisional dengan memakai sarung warna warni tetapi ia mencerminkan kisah tradisi dan warisan yang menyatukan rakyat melalui muzik, seni serta komuniti.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program itu boleh disamakan dengan jenama Maggi yang telah sebati dalam kalangan rakyat Malaysia sejak lebih daripada 50 tahun lalu.

“Kami memilih untuk terlibat dalam program ini sebagai rakan jenama utama kerana ini adalah cara syarikat untuk membantu rakyat menyediakan makanan yang lazat seimbang yang dihasilkan dengan air tangan sendiri untuk diri sendiri mahupun keluarga.

“Sebagai jenama yang komited menyajikan masyarakat ­dengan cita rasa tempatan, Maggi ingin mengangkat tradisi yang dikongsi bersama melalui hidangan autentik, selari dengan tema Keretapi Sarong 2025 Serumpun, melalui rasa yang diinspirasikan dari produk terbaharu kami iaitu Maggi Sup Ayam Berempah,” ­katanya.

Tambah kenyataan itu, Maggi berharap, agar produk baharu ini menjadi kegemaran ramai kerana ia melambangkan cita rasa tempatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI