fbpx
Keadaan kereta yang kemik ketika diserbu orang ramai. - Detik

Kereta kemik, cermin pecah, pemandu ditarik keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu video tular di media sosial Indonesia memaparkan keadaan sebuah kereta yang rosak teruk akibat diketuk orang ramai selepas pemandunya merempuh sejumlah penunggang motosikal, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku Isnin lalu di Bogor, wilayah Jawa Barat.

Ketua Polis Sukaraja, Komisioner Wagiman berkata, pemandu itu pada awalnya melanggar sebuah motosikal.

“Selepas melanggar motosikal pertama, pemandunya melarikan diri dan ketika bergelut memandu kereta, dia merempuh sejumlah penunggang motosikal lain,” kata Wagiman.

Tambah Wagiman, kenderaan dipandu lelaki itu kemudian berhenti di tepi jalan dan diserbu orang ramai.

Dalam video kejadian yang kini tular, kereta berwarna oren itu dilihat kemik selepas diketuk orang ramai menggunakan kayu dan batu.

Cermin hadapan, sisi dan belakang kereta turut dipecahkan.

Orang ramai kemudian menarik keluar pemandu kereta itu sebelum dia terbaring di atas jalan.

“Kes itu kini dikendalikan Unit Kemalangan Trafik Polis Bogor. Pemandu yang dikenali sebagai RZ telah ditahan polis,” kata Wagiman. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN