fbpx
Tangkap layar hantaran oleh @osmanschumacher di TikTok, menceritakan keadaan anak anjing yang diselamatkan itu.

Kasihan dia lapar, 8 jam tersangkut dekat enjin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh ALIA NATASHA CHAHIDAN

PETALING JAYA – Seekor anak anjing diselamatkan selepas lebih lapan jam tersepit di ruang enjin sebuah kereta.

Menerusi perkongsian di TikTok @osmanschumacher, anjing tersebut terpisah dari keluarganya selain dalam keadaan lapar, haus serta ketakutan.

“Selesai keluarkan anak anjing yang tersangkut dekat ruang enjin kereta lebih lapan jam. Kesian dia lapar, haus, takut dan terpisah dengan keluarganya,” katanya di ruang kapsyen TikTok.

Perkongsian tersebut turut menerima beberapa reaksi dari pengguna.

“Yang saya tahu kucing saja suka masuk kereta, ini lain pula,” komen @mariyama7729.

“Kesiannya dia,” komen @rezzyph yang turut bersedih.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN