TEL AVIV – Anak bongsu Perdana Menteri Israel, Anver Netanyahu memutuskan pertunangan dengan kekasihnya selepas menangguhkan majlis perkahwinan mereka sebanyak tiga kali, lapor akhbar Jerusalem Post.
Perkahwinan Anver, 29, pertama kali dijadualkan pada November tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab keselamatan.
Ia kemudian dijadualkan semula pada Jun lalu, namun dibatalkan sekali lagi berikutan perang selama 12 hari dengan Iran.
Tiada tarikh baharu ditetapkan walaupun orang ramai meramalkan perkahwinan Anver akan berlangsung pada Ogos lalu.
Beberapa rakan Anver memberitahu bahawa dia ‘memerlukan masa untuk berehat’ daripada tunangnya, Amit Yardeni.
Dia juga telah keluar daripada apartmen yang mereka duduki, lapor portal berita Ynet.
Pada April lalu, pasangan itu mengadakan majlis henna, upacara pra-perkahwinan tradisional komuniti Yahudi di Moshav Mazor. – AGENSI