fbpx
Rohaizad (tengah) meneliti rokok yang dirampas pada sidang akhbar di Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Ikrar muatan tuala, tisu tapi bawa rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas kira-kira 28.1 juta batang rokok tidak berkastam bernilai lebih RM10.1 juta menerusi dua operasi berasingan di Selangor dan Perak bulan lalu.

Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Rohaizad Ali berkata, dalam serbuan pertama di Westports, Pelabuhan Klang pada 15 dan 20 Ogos, pihaknya memeriksa dua kontena dan menemui 25.9 juta batang rokok putih bernilai RM7.7 juta.

Beliau berkata, pemilik rokok itu membuat pengikraran palsu dengan menyatakan muatan sebagai tuala dan tisu dalam borang Transhipment (K6) Manifest bagi mengelirukan pihak kastam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dagangan rokok yang disita berasal dari Thailand dan disyaki hendak dieksport ke Kongo.

“Kedua-dua kontena yang terlibat singgah di Pelabuhan Klang untuk aktiviti pindah kapal,” katanya pada sidang media di Kompleks Pencegahan Negeri di sini hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 52(1), 52(3) dan 52(4) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Rohaizad berkata dalam serbuan kedua ke sebuah premis kilang di Taiping, Perak pada 29 Ogos, pasukannya bersama JKDM Perak menyita hampir 2.3 juta batang rokok putih dan kretek bernilai RM2.3 juta termasuk cukai.

“Rokok tidak berkastam itu disembunyikan di sebalik aktiviti pengilangan kejuruteraan logam dan perkayuan untuk diedarkan ke pasaran tempatan. Kita turut menahan seorang lelaki berusia 50-an yang merupakan pemilik premis yang dijadikan stor penyimpanan bagi siasatan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI