PETALING JAYA – Penduduk di Langkawi, Kedah dan beberapa daerah di Pahang dan Johor dijangka berdepan cuaca buruk hingga pukul 2 petang ini.
Menerusi laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Rompin, Pahang ketika ini.
Selain itu, di Johor, kawasan yang terjejas adalah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE














