fbpx
Dr. Wan Azizah ketika ditemui selepas merasmikan Jade Camp PPPM 2025 di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Generasi muda jangan terlalu bergantung pada AI- Dr. Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Generasi muda diingatkan supaya menggunakan kecerdasan buatan (AI) secara bijak tanpa bergantung sepenuhnya kepada teknologi itu.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail berkata, walaupun AI mampu membantu dalam pembelajaran, memudahkan tugasan dan membuka minda kepada inovasi, namun ia juga berpotensi mendatangkan keburukan jika disalahgunakan.

“Dengan akses internet yang laju, gunakanlah AI itu untuk mencari maklumat yang berfaedah dan mempelajari kemahiran baharu.

“Pelajarilah bagaimana AI boleh membantu dalam pembelajaran, memudahkan tugasan, dan membuka minda kepada inovasi,” katanya ketika merasmikan Jade Camp PPPM 2025, di sini, hari ini.

Dr. Wan Azizah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) berkata, generasi muda juga dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada kepada kesan buruk sekiranya tidak menggunakan teknologi tersebut dengan bertanggungjawab.

“AI ada halusinasi. Jadi, kalau bab agama misalnya, jangan terus tanya kepada AI. Kita perlu dapatkan jawapan daripada sumber autentik dan sahih,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Wan Azizah turut menasihatkan generasi muda agar menggunakan media sosial secara beretika dan tidak menyebarkan maklumat palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN