fbpx
Ya'cob bersama peserta PLKN 3.0 sempena Hari Malaysia 2025 di Kuala Lumpur, semalam.

Generasi muda belajar erti perpaduan di PLKN 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dilihat menjadi wadah baharu dalam membentuk erti sebenar perpaduan berlandaskan realiti, bukan sekadar retorik.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Ya’cob Samiran berkata, inisiatif itu menekankan perpaduan sejati tidak dicapai dengan menutup perbezaan, sebaliknya melalui pemahaman terhadap asal-usul perbezaan tersebut.

Katanya, data yang diperoleh daripada pelatih menunjukkan perbezaan antara rakyat Malaysia wujud di peringkat individu, bukannya berasaskan kaum atau komuniti tertentu.

“PLKN 3.0 digambarkan sebagai sebuah mikrokosmos yang membolehkan generasi muda melihat sendiri kepelbagaian itu sebagai kekuatan.

“Warisan masyarakat Malaysia saling berkait, potensi tersebar luas dan cabaran yang dihadapi pula bersifat sejagat. Justeru, pelatih tidak lagi melihat rakan di sisi mereka sebagai ‘lain-lain’, tetapi sebagai individu unik dengan kekuatan, kelemahan dan latar belakang tersendiri.

“Asas kepada sebuah negara bangsa yang matang ialah membina perpaduan di atas realiti saintifik, bukannya mitos lapuk. Inilah janji masa depan di mana perpaduan tidak lagi sekadar dilaungkan, tetapi sebati dalam kehidupan seharian rakyat,” katanya, di sini hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seramai 529 wira muda PLKN 3.0 Siri 3 Tahun 2025 melapor diri di dua kem Askar Wataniah terpilih pada siri percubaan terakhir tahun ini.

Daripada jumlah itu, seramai 279 wira muda lelaki ditempatkan di Kem 505, Pekan, Pahang, manakala 250 wira muda wanita mendaftar di Kem 515, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI