fbpx
Mohd. Khalid pada sidang akhbar berhubung kejayaan Op Pine di Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH / KOSMO!

Dadah bernilai RM1.96 bilion dirampas sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merekodkan sebanyak 174,134 kes berkaitan dadah disiasat sejak Januari hingga 14 September lalu, dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM1.96 bilion.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, dalam tempoh tersebut pihaknya menahan seramai 189,788 individu melibatkan pengedar, pembekal, kurier (penghantar) serta penagih.

“Berdasarkan hasil operasi, polis berjaya merampas dadah berbentuk pepejal seberat 83,305 kilogram dan 69,155.85 liter dalam bentuk cecair. Nilainya dianggarkan RM1.96 bilion di pasaran gelap.

“Jumlah ini bukan sahaja menggambarkan skala cabaran besar yang dihadapi, bahkan menzahirkan ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan setiap cubaan menyeludup, mengedar atau menyalahgunakan dadah ditangani secara tuntas,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, kejayaan berterusan ini hasil gabungan risikan, tindakan tegas penguatkuasaan serta sokongan masyarakat.

“Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran, pemilikan, perlindungan, atau apa jua bentuk aktiviti dadah,” ujarnya.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama berganding bahu memerangi ancaman ini.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti sindiket dadah menerusi talian hotline JSJN di 012-2087222. Setiap maklumat akan diteliti dengan penuh tanggungjawab dan kerahsiaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN