fbpx
Seorang kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi jambatan yang dilanda banjir di Kampung Nuntunan Apin-apin, Keningau malam tadi. - IHSAN BOMBA

Banjir: Staf Sabah Electricity hanyut ketika seberang jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KENINGAU – Seorang kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi jambatan yang dilanda banjir di Kampung Nuntunan Apin-apin malam tadi.

Difahamkan mangsa lelaki berusia 30-an bersama dua rakannya sebelum itu melakukan kerja-kerja di pencawang berhampiran jambatan gantung.

Mereka kemudian cuba melintas jambatan simen di kawasan berkenaan, namun arus deras sehingga menyebabkan ketiga-tiganya panik.

Dua orang berjaya menyelamatkan diri ke tebing, manakala mangsa sempat berpaut pada tali sebelum terlepas dan dihanyutkan arus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Severinus@Mohd Nidzam Sainkui, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.57 malam sebelum satu pasukan digerakkan ke lokasi.

“Dua mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi gagal ditemui. Pencarian ditumpukan di tebing sungai kerana keadaan arus sangat deras,” katanya. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI