PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menunjukkan peningkatan apabila angka keseluruhan mencecah 2,968 orang setakat pukul 12 tengah hari ini.
Menurut data Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, tujuh daerah terjejas melibatkan Beaufort, Penampang, Tawau, Membakut, Papar, Putatan dan Sipitang.
Sebanyak 26 pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini dengan 828 keluarga dipindahkan, manakala 13 kematian direkodkan sejak bencana itu melanda.
Antara daerah yang mencatatkan peningkatan ialah Papar (326 mangsa, 91 keluarg) serta Putatan (564 mangsa, 141 keluarga).
Di daerah Membakut, jumlah mangsa meningkat kepada 931 orang, manakala Penampang merekodkan 806 mangsa.
Sementara itu, Beaufort menempatkan 281 mangsa, Tawau (59 mangsa), manakala Sipitang tidak merekodkan sebarang pemindahan kerana dalam proses pendaftaran. – KOSMO! ONLINE