fbpx
Gambar hiasan

11 negeri hujan, ribut pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda sehingga 9 pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata antara kawasan yang dijangka terjejas di seluruh negeri Perlis dan Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Amaran membabitkan kawasan di Pulau Pinang dan Perak ialah Kerian dan Larut, Matang Dan Selama.

Selain itu, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya turut terjejas dalam cuaca buruk itu,” ujarnya.

Amaran kawasan lain yang terlibat ialah Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan dan Kota Tinggi di Johor.

Bagi negeri Sarawak ialah Sarikei (Meradong), Mukah (Daro, Matu dan Dalat), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI