fbpx
Gambar hiasan

10 ahli politik terima ugutan e-mel lucah AI – IGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti 10 ahli politik yang mendakwa menerima ugutan menerusi e-mel palsu berunsur lucah yang dipercayai dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, namun sehingga kini hanya empat individu tampil membuat laporan berhubung kes itu.

Jelasnya, siasatan berhubung kes tersebut masih dijalankan dan pihaknya akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

“Kita terima maklumat ada 10 individu yang berkaitan dengan isu ugutan siber ini, tetapi hanya empat sahaja yang membuat laporan polis.

“Segala perkembangan akan kita maklumkan kepada pihak berkaitan kerana isu-isu sebegini kadangkala ada pihak tertentu ingin mengambil kesempatan untuk membuat sesuatu ugutan kepada individu tertentu bagi tujuan kewangan dan sebagainya ,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, PDRM mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung empat laporan polis yang dibuat oleh ahli politik yang menerima ugutan berkaitan penyebaran video lucah palsu menggunakan AI.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kes pertama dilaporkan oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, selepas beliau menerima e-mel pada 12 September daripada sumber tidak dikenali yang menuntut bayaran AS$100,000.

Beliau berkata, Chen menerima ugutan bahawa satu video palsu berunsur lucah menggunakan wajahnya akan disebarkan di media sosial sekiranya permintaan itu tidak dipatuhi dalam tempoh tiga hari.

“Kes kedua pula melibatkan Ahli Dewan Negara, Datuk Nelson W Angang yang turut menerima emel pada 12 September daripada sumber tidak dikenali dengan tuntutan jumlah sama.

“Selain itu, polis juga menerima laporan kes serupa daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Wong Chia Zhen dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari,” ujarnya.

Kumar berkata, semua laporan itu disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN