fbpx
Tangkap layar siaran langsung @mamasyukk memaparkan kanak-kanak berenang dalam banjir di Kampung Baitam, Membakut, Sabah.

‘Mandi banjir elok-elok dik, risau ada buaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat sekumpulan kanak-kanak mandi-manda air banjir di Kampung Baitam, Membakut dekat Sabah mengundang kebimbangan ramai.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @mamasyukk, kelihatan beberapa kanak-kanak bermain air banjir tanpa rasa takut meskipun mencecah paras pinggang dewasa.

“Budak-budak ini seronok pula mandi-manda kat sini, orang risau banjir tak surut,” katanya dalam siaran langsung hantaran terbabit.

Rakaman itu mengundang pelbagai reaksi yang rata-rata bimbang akan keselamatan kanak-kanak berkenaan.

“Banjir ini betul dalam sampai budak-budak boleh berenang,” komen @nenekkebayanbozon

“Hujan sudah berhenti ke? Saya doakan semoga seluruh Sabah dilindungi,” kata Nuzul.

“Hati-hati, takut ada buaya sebab dekat dengan sungai,” komen @ngok_ngok – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN