fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa Perak, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda empat negeri sehingga pukul 9 pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan yang dijangka terjejas di Perak ialah Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

Selain itu di Selangor membabitkab Sabak Bernam pada sebelah pagi ini.

“Bagi negeri Sarawak pula, keadaan sama tertumpu sekitar Kuching (Bau dan Kuching), Serian dan Mukah (Dalat dan Mukah, manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat),” kata MetMalaysia hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI