fbpx
LIVERPOOL berjaya mencuri kemenangan selepas mendapat sepakan penalti ketika mengatasi Burnley kelmarin. - FB LIVERPOOL

EPL: Liverpool hanya bernasib baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui pasukannya bernasib baik untuk mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Burnley pada aksi di Turf Moor, kelmarin.

Aksi tersusun yang dipamerkan Burnley hampir memberikan rasa kecewa buat Slot, namun beliau pastinya lega untuk melengkapkan rekod 100 peratus kemenangan Liverpool dalam empat aksi awal Liga Perdana Inggeris.

“Burnley hampir mendapatkan satu mata, tetapi saya tidak mahu mengatakan perkara negatif. Ia adalah aksi sukar sehingga kami hampir percaya bahawa perlawanan ini akan berakhir dengan keputusan seri.

“Kami cuba memasukkan pemain yang boleh membantu jentera serangan. Kami memperoleh sepakan penalti dan sebelum jaringan itu berlaku, kami juga memiliki peluang terbaik menerusi Jeremie Frimpong,” katanya.

Burnley hilang seorang pemain apabila Lesley Ogochukwu dilayangkan kad merah di hujung permainan hingga menyaksikan Liverpool memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penalti Mohamed Salah.

Pada perlawanan itu juga menyaksikan Slot tidak menurunkan penyerang baharu, Alexander Isak yang dianggap belum lagi bersedia untuk memikul tanggungjawab dengan The Reds.

“Aex masih belum bersedia dan kami tidak percaya dengan memberikannya bermain sebentar adalah cara terbaik untuk membantunya. Jika dia bermain 45 minit pada aksi Liga Juara-Juara, jangan harap dia akan dapat tempoh sama ketika bertemu Everton.

“Ini kerana badannya belum lagi bersedia untuk hadapi tiga perlawanan dalam seminggu,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI