fbpx
JDT sedang membuat persiapan rapi untuk berdepan Buriram pada aksi pertama saingan ACLE malam ini.

ACLE: JDT idam menang aksi sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menuntut aksi terbaik daripada pemainnya bagi meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan menentang Buriram United bagi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Chang Arena, Thailand, malam ini.

Munoz, 45, menjangkakan satu pertembungan yang sengit berdepan kelab Thailand itu dalam misi membawa pulang tiga dan membuka langkah kanan dalam kejohanan antarabangsa terbesar rantau ini.

Menurut pengendali kelahiran Sepanyol itu, skuad Harimau Selatan perlu mengekalkan momentum kemenangan yang diraih dalam saingan domestik apabila berdepan Buriram United.

Tanpa berselindung, Munoz akan memerah keringat kesemua pemain import yang dapat diturunkan pada perlawanan itu bagi memastikan JDT memperoleh kemenangan yang diburu.

“Ini adalah tugasan pertama saya di peringkat Asia dan saya akan mengambil serius perlawanan pertama ini yang amat penting bagi membuka laluan buat pasukan melangkah lebih jauh.

“Justeru, kita sudah membuat persiapan ampuh dengan corak permainan yang akan diterapkan pada perlawanan itu. Pemain juga dituntut memberikan aksi terbaik mereka lebih daripada yang biasa,” katanya.

Kali terakhir JDT berdepan Buriram United, skuad kendalian Osmar Loss mengalahkan Harimau Selatan 1-0 sekali gus menyaksikan pasukan dibimbing Hector Bidoglio ketika itu terlepas slot ke suku akhir pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, 11 Mac lalu.

Munoz memberitahu, dia masih belum memuktamadkan kesebelasan yang akan diturunkan dan percaya semua pemain berada dalam keadaan tahap terbaik untuk diturunkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN