fbpx
Keadaan motosikal yang ditunggangi mangsa selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 10 Jalan Kluang- Ayer Hitam, di Batu Pahat pagi tadi.

Wanita maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 10 Jalan Kluang- Ayer Hitam, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.10 pagi ketika sebuah kereta datang dari arah Bandar Batu Pahat menuju ke Pekan Parit Raja.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, motosikal ditunggang mangsa berusia 59 tahun yang datang dari arah bertentangan dikatakan telah membuat pusingan U.

“Susulan itu, pemandu kereta gagal mengelak lalu berlaku perlanggaran. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN