fbpx
Bella yang memakai baju kurung berlari memberi sokongan kepadaSyed Saddiq yang menyertai acara Ironman di Nice, Perancis.

[VIDEO] Bella Astillah berbaju kurung teman Syed Saddiq tamatkan Ironman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan perlumbaan sukan lasak Ironman di Nice, Perancis yang menguji ketahanan fizikal dan mentalnya.

Cabaran yang merangkumi renangan, berbasikal dan larian itu dalam tempoh masa ditetapkan, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai seorang pemimpin muda ditamatkan dalam masa 13 jam dan 04 minit itu lebih daripada rekod masa yang disasarkannya.

Menerusi perkongsian di TikTok, orang ramai kagum dengan kejayaan Syed Saddiq dan sokongan daripada Bella Astillah yang dilihat hadir memakai baju kurung.

Aksi Bella itu mengundang rasa terharu apabila netizen memuji kesanggupannya berlari dengan baju kurung demi memberi semangat kepada Syed Saddiq hingga ke garisan penamat.

Malah, Bella kedengaran bersorak, “Jom, saya bangga dengan awak, saya lari dengan awak,” yang membuatkan netizen tersentuh dengan sokongan yang diberikan buat Syed Saddiq.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang mengucapkan tahniah atas kejayaan menamatkan perlumbaan tersebut sekali gus kagum dengan sokongan Bella Astillah kepada Ahli Parlimen Muar itu.

“Syed Saddiq cakap masa sasaran adalah 14 jam, tapi dia tamatkan pada 13 jam. Pecah rekod, terbaik YB,” komen @mia.oshin

“Daripada kisah mereka, kita belajar erti kasih sayang, kesetiaan, pengorbanan dan hormat menghormati,” kata Wati. – KOSMO! ONLINE

@musafir..dunia 🥹🫶🏻 #BASS All The Way 🤍 @Bella Astillah @Syed Saddiq #FenomenaBellaAstillah #FenomenaSyedSaddiq #PRIMAVALETxBASS #IronmanFrance2025 ♬ Sampai Jadi Debu (Menampilkan Gardika Gigih) – Banda Neira

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN