fbpx
Mangsa maut selepas motosikal yang dia tunggang melanggar seekor anjing di Jalan Bayas, Langkawi kelmarin.

Rider maut langgar anjing lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang dia tunggang melanggar seekor anjing yang tiba-tiba melintas jalan di Jalan Bayas, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.35 malam itu, pemuda berusia 20 tahun tersebut mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini untuk rawatan.

Bagaimanapun, dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan Kuah ke Padang Matsirat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa melanggar seekor anjing yang melintas dari kiri ke kanan jalan menyebabkan dia terjatuh di atas jalan raya,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa dipercayai bukan dalam perjalanan menghantar makanan kerana beg simpanan makanan didapati kosong.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI