fbpx
Perwakilan yang hadir pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar, baru-baru ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

PM bawah 70 tahun, bukan calon ‘recycle’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Pemuda Pas hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa calon Perdana Menteri perlu berusia di bawah 70 tahun.

Timbalan ketuanya, Mohd. Hafez Sabri berkata, pendirian itu menjelaskan Pas bukan lagi parti masa lalu sebaliknya ke depan dalam mengatur strategi dan aspirasi negara.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi berkata, ketegasan tersebut juga menunjukkan keseriusan Pas dalam menampilkan wajah baharu kepimpinan negara dengan mengetengahkan tokoh yang lebih berkaliber, segar dan berdaya saing.

“Walaupun kenyataan itu ringkas, namun ia memberi gambaran besar bahawa Pas tidak mahu bergantung kepada calon ‘recycle’ (kitar semula) semata-mata.

“Anak muda khususnya menyambut baik kenyataan ini kerana ia memberi ruang kepada generasi pelapis untuk memikul tanggungjawab kepimpinan negara,” katanya ketika ditemui di Muktamar Pas di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI