fbpx
Fahmi (gambar) hadir menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA, malam tadi. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Persiapan Sambutan Hari Malaysia 95 peratus siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Persiapan Sambutan Hari Malaysia 2025 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA @Arena Butterworth di sini, malam esok telah mencapai tahap 95 peratus.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beberapa perkara yang perlu diteliti dan ditambah baik telah disampaikan menerusi sesi raptai malam tadi.

“Saya rasa dah hampir 95 peratus siap dan tinggal sikit sahaja lagi yang perlu dilakukan.

“Semalam waktu raptai, saya ada sampaikan beberapa perkara yang saya minta diteliti, mungkin ditambah baik dari segi mungkin persiapan dalam dewan.

“Tetapi dari segi isi kandungan, aturcara serta jemputan, tidak ada apa-apa masalah dan semua berjalan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan kemudahan WiFi institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Politeknik Seberang Perai (PSP) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN