fbpx
Gambar hiasan.

Malam ini Terengganu, Pahang dan Sabah hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dan Segamat di Johor.

Selain itu, Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang di Sarawak,” ujarnya.

Amaran kawasan lain yang terbabit adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) di Sabah dan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI