fbpx
Jenazah masih berada dalam keadaan sempurna walaupun sudah empat tahun dikebumikan. - Disway.id

Jenazah 4 tahun dikebumikan masih sempurna 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Tangerang, wilayah Banten terkejut apabila jenazah yang digali semula dari sebuah kubur masih sempurna walaupun sudah empat tahun dikebumikan, lapor portal berita Disway. 

Kejadian berlaku di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Kirana, daerah Solear. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan beberapa penggali kubur sedang menggali semula sebuah kubur.

Mereka terkejut apabila jenazah di dalamnya masih sempurna dan tidak dimamah bumi. 

Pengurus TPU Kirana, Nana Supriatna mengesahkan bahawa klip video yang tular itu adalah benar. 

Dia bagaimanapun enggan memberikan penjelasan dan menyuruh orang ramai datang ke TPU untuk maklumat lanjut. 

“Perkara itu memang benar terjadi. Sesiapa yang ingin mendapatkan penjelasan lebih mendalam, sila datang ke TPU,” kata Nana. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI