fbpx
Abbe Hae ketika memberikan sumbangan kepada wanita tersebut yang berada di kaki lima di sekitar ibu kota.

Ibu bergelandangan selepas nyaris disembelih anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ibu membawa diri sehingga menjadi gelandangan di ibu kota gara-gara hampir menjadi mangsa ‘sembelihan’ oleh anaknya yang merupakan penagih dadah.

Menerusi perkongsian aktivis masyarakat, Abbe Hae di Facebooknya, wanita yang agak berusia itu sering dipaksa untuk menyerahkan wang oleh anaknya yang ingin mendapatkan bekalan dadah.

Menurut Abbe Hae, wanita itu yang melarikan diri dari arah utara merupakan penerima bantuan zakat, namun terpaksa menyerahkan bantuan kewangan tersebut agar dirinya tidak diapa-apakan.

“Suatu hari anak lelakinya itu meletakkan pisau di lehernya dan dia hampir ‘disembelih’. Semua duit bantuan zakat diserahkan untuk menyelamatkan dirinya.

“Alhamdulillah dia tidak diapa-apakan selepas duit diserahkan. Kepala ibu ini pernah cedera kerana dipukul oleh si anak penagih. Ibu ini ada lagi anak-anak lain tetapi tidak pedulikan ibu mereka yang dah tua ini,” tulis Abbe Hae.

Tambah aktivis masyarakat itu, suami wanita tersebut yang tinggal bersama isteri kedua turut meminta agar dirinya melarikan diri ke mana sahaja untuk terlepas daripada perbuatan anaknya.

“Ibu ini lari bersendirian dan tinggal di Kuala Lumpur. Dia sering tidur di kaki lima dan kadang-kadang kalau larat dan ada duit lebih, dia akan balik ke bilik yang dia sewa sekitar kawasan ini.

“Ibu tua ini rasa dia lebih selamat dan aman hidup seperti yang dia hidup hari ini. Untuk menyara kehidupan selain ada lagi bantuan zakat bulanan dia menjual kerepek dan tisu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abbe Hae sempat menitipkan pesanan agar anak-anak yang masih mempunyai ibu bapa untuk melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

Abbe Hae juga berkata, pelbagai bantuan diberikan kepada gelandangan yang tidur di kaki lima antaranya selimut, keperluan mandi, makanan dan ubat nyamuk.

“Ramai juga gelandangan yang tidur di sini dan tidur mereka sentiasa dalam kesejukan. Alhamdulillah Abbe dah bawakan pelbagai bantuan buat semua gelandangan di sekitar sini. Tidur mereka tidak lagi sejuk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI