fbpx
Dua beranak maut akibat tertimbus tanah runtuh dalam kejadian di Kampung Mook, Papar pagi tadi.

Dua beranak maut tertimbus tanah runtuh di Papar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PAPAR – Dua beranak maut akibat tertimbus tanah runtuh dalam kejadian di Kampung Mook pagi tadi.

Kejadian difahamkan melibatkan tiga rumah yang ranap sepenuhnya dalam kejadian sekitar pukul 10 pagi itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada pukul 10.02 pagi.

“Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Terdapat dua orang mangsa tertimbus dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan kedua-dua mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang turut hadir membantu di lokasi kejadian. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI