fbpx
Radiff mencatatkan rekod dunia selepas mengangkat tiga manusia dengan menggunakan gigi. - Guinness World Records

‘Badang’ Amerika guna gigi angkat 3 orang berat lebih 180 kilogram 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPEI – Seorang penghibur sarkas dari Amerika Syarikat menempa nama dalam Guinness World Records selepas mengangkat tiga orang dalam keadaan tergantung dengan menggunakan cuma giginya, lapor portal berita Republic. 

Michael Radiff mencatatkan rekod dunia tersebut di bandar raya Taipei, Taiwan pada Mei lalu. 

Rakaman video kekuatan luar biasa yang dimuat naik di media sosial menunjukkan Radiff tergantung dalam keadaan terbalik sambil menggigit pelindung mulut yang dipasang pada palang logam. 

Apabila Radiff  bergerak ke atas, tiga penghibur yang memegang tali turut terangkat ke ruang udara. Berat ketiga-tiga individu itu mencecah 185.80 kilogram. 

Aksi lagak ngeri itu berlangsung lebih 10 saat sekali gus mengatasi pemegang rekod sebelumnya, Loretta Antal dari Hungary yang mengangkat berat 130 kilogram pada Januari 2024. 

Menurut Radiff,dia menjalani latihan fizikal yang sukar termasuk senaman untuk menguatkan rahang, leher dan otot terasnya.

“Ini semua tentang kawalan dan kepercayaan pada badan anda. Anda perlu berlatih, bukan hanya gigitan,” kata Radiff. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN