Di Malaysia, program undang-undang ditawarkan di beberapa universiti, bahkan ada antaranya diiktiraf sebagai antara terbaik di dunia. Empat universiti di negara ini berada dalam senarai Times Higher Education (THE) bagi Ranking Universiti Dunia Untuk Subjek Undang-Undang 2025. Di sini K-Kampus menyenaraikan empat universiti tersebut berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh THE itu dan mengupas kelebihan masing-masing. 1- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Program undang-undang di UKM berada pada kedudukan pertama di Malaysia dengan berada dalam kelompok ranking 101 hingga 125 di dunia.……















