fbpx
ANGGOTA bomba sedang menyelamatkan 20 mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Simpang 4 Dalam, Tanjung Malim pagi ini. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

20 penduduk terperangkap banjir di Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Hujan lebat secara berterusan di Kampung Simpang 4 Dalam di sini sejak malam tadi menyebabkan berlalunya bencana banjir.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, setakat ini, 20 penduduk kampung masih terperangkap di kediaman masing-masing.

Katanya, operasi menyelamat kesemua mangsa tersebut sedang giat dijalankan oleh 16 anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi bencana.

Tambah beliau, paras air tidak menunjukkan sebarang penurunan dan pihaknya memantau dengan serius perkembangan mutakhir tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI