fbpx
Polis menemui beberapa senjata api dan dadah di kediaman kedua-dua suspek. - KVTX

2 diberkas letak bom berhampiran lokasi Charlie Kirk ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Dua lelaki ditahan kerana meletakkan sebutir bom berhampiran lokasi Charlie Kirk ditembak mati, lapor akhbar The Sun Hari ini.

Kirk merupakan aktivis berhaluan kanan dan penyokong setia Presiden Donald Trump.

Adeeb Nasir, 58, dan Adil Justice Ahme Nasir, 31, diberkas untuk disoal siasat semalam selepas bahan letupan itu ditemui di bawah van media di Universiti Utah Valley. 

“Peranti letupan itu menyala tetapi gagal berfungsi seperti yang direka,” kata skuad pemusnah bom sambil menambah, ia mampu menimbulkan ancaman kepada keselamatan awam.

Pegawai Penyiasat Pihak Berkuasa Bomba Bersatu, Jeffrey David Nelson berkata: “Sifat peranti dan lokasi yang diletakkan, ia memberikan ancaman besar kepada keselamatan awam.”

Penyiasat turut menemui beberapa senjata api, dadah dan senjata pemusnah besar-besaran palsu di kediaman milik kedua-dua suspek. 

Kirk terkena tembakan semasa berucap dalam satu acara di Universiti Utah Valley pada Rabu lalu. 

Polis telah meluaskan siasatan untuk mengenal pasti motif pembunuhan selain memeriksa kumpulan berhaluan kiri di Utah dan secara dalam talian untuk melihat sama ada mereka mengetahui tentang insiden tembakan itu sebelum ia berlaku, lapor akhbar New York Post. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN