fbpx
Keadaan motosikal jenis Honda Beat yang terlibat dalam kemalangan merempuh seekor kerbau sehingga meragut nyawa Siti Nur Zainatul Akmal Hanim di Kampung Alor Parit, Kuala Terengganu hari ini.

Wanita maut, motosikal rempuh kerbau di laluan gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita maut setelah motosikal yang dia tunggang merempuh seekor kerbau di Kampung Alor Parit, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3.10 pagi itu, mangsa, Siti Nur Zainatul Akmal Hanim Muhammad Hanipah, 20, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang rumahnya di Kampung Undang, Marang dari pusat bandar raya ini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda Beat yang dinaiki mangsa gagal mengelak lalu merempuh seekor kerbau yang berada di tengah jalan.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke jalan raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, Siti Nur Zainatul Akmal Hanim dipercayai tidak perasan kehadiran haiwan terbabit kerana laluan berkenaan gelap tanpa dilengkapi kemudahan lampu jalan.

Beliau berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan wanita tersebut sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN