PETALING JAYA – “Saya bawa banyak susu untuk anak-anak dari umur baru lahir sehingga usia lima tahun.”
Demikian kata selebriti dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana yang kini dalam pelayaran menuju ke Gaza menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF).
“Saya juga bawa ubat-ubatan untuk hospital-hospital di sana. Tolonglah sekatan itu dibuka, supaya bantuan misi ini dapat masuk,” katanya menerusi siaran langsung TikTok pada malam tadi.
Menurut Ardell, pelayaran ke Gaza itu akan menyaksikan pertemuan delegasi dari Malaysia dengan pasukan dari Itali di pertengahan laluan sebelum meneruskan misi ke wilayah Palestin yang dikepung.
Dia juga memohon doa orang ramai agar urusan misi mereka dipermudahkan dan semua barangan bantuan, khususnya untuk bayi dan kanak-kanak, dapat sampai ke tangan mereka yang memerlukan.
Terdahulu, GSF yang berlepas dari Barcelona disertai lebih 200 aktivis dari 44 negara termasuk Malaysia sebagai usaha menembusi sekatan Israel terhadap Gaza.- KOSMO! ONLINE.
@haniff_hanafy Doakan misi ini berjaya, InsyaAllah.. Pelayaran ini akan mengambil masa berbelas hari.. @ardellaryana ♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama