fbpx
Tangkap layar rakaman memaparkan seorang lelaki terjatuh selepas dilanggar penunggang motosikal.

[VIDEO] Penunggang skuter tergolek dilanggar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sedang menggunakan skuter elektrik terjatuh selepas dilanggar motosikal dalam kejadian di ibu kota.

Menerusi video dimuat naik oleh Aiman Lacoste di TikTok, lelaki itu dilihat melintas jalan menggunakan skuter elektrik tersebut di lintasan zebra.

Bagaimanapun dalam masa sama, laluan itu kemudian dilalui kumpulan motosikal dari arah bertentangan sebelum salah seorang dari penunggang itu terlanggar lelaki tersebut.

Akibat daripada itu, kelihatan lelaki tersebut terjatuh manakala skuternya tercampak ke hadapan.

Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada lelaki berkenaan mengalami kecederaan ataupun tidak susulan kejadian itu.

Tinjauan di ruang komen mendapat rata-raya pengguna meninggalkan pelbagai maklum balas termasuk ada yang menyebelahi penunggang motosikal berkenaan.

“Lawanlah macam mana pun, skuter itu tetap salah sebab jalan raya tak boleh naik benda tu,” kata Irwan.

“Memang salah skuter tu tapi sekurang-kurangnya motor tu dah nampak ada orang nak lintas tak salah pun kalau perlahan kan?,” soal Misha.

“Dua dua ada kesalahan sendiri tapi kalau boleh elak kemalangan sepatutnya elaklah,” kata Amm.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih sejuta kali.

Untuk rekod, penggunaan skuter di atas jalan raya adalah dilarang bermula 1 Januari 2021.

Penunggang skuter elektrik yang didapati bergerak di atas jalan raya akan dikenakan denda RM300 untuk kesalahan pertama, maksimum RM1,000 untuk kesalahan seterusnya atau penjara tiga bulan akan dikenakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

@mamataro77 #fypシ゚viral🖤tiktok ♬ suara asli – VH⛈ – 𝟑𝟎𝟑 thunderclouds

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN