fbpx
BADERULHISHAM menunjukkan suspek dan kereta yang disyaki digunakan dalam kejadian pembunuhan di Taman Nona di Guar Chempedak di Yan pada Khamis lalu.

Suspek kes bunuh kejam percaya isteri ada hubungan sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Perasaan cemburu kerana mempercayai isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dipercayai menjadi motif pembunuhan kejam wanita dan seorang peniaga telefon bimbit di Taman Nona, Guar Chempedak di Yan dekat sini Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, suspek dan mangsa dipercayai pasangan suami isteri yang mempunyai dua anak lelaki berusia dua dan empat tahun.

Katanya, perkahwinan pasangan itu dipercayai berlangsung di negara jiran pada 2019.

“Perkahwinan mereka ini di negara seberang, jadi kita perlu buat siasatan dengan pihak seberang berhubung status perkahwinan mereka ini,” katanya.

Berhubung dua anak suspek dan mangsa, katanya, kedua-duanya kini dalam jagaan ibu kepada suspek di sebuah negeri di Pantai Timur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN