PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 6 petang ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak dan seluruh negeri Kelantan.
“Selain itu, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang,” ujarnya.
Amaran cuaca buruk itu berterusan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor, WP Kuala Lumpur dan di Negeri Sembilan adalah Jelebu dan Jempol.
Seterusnya, Kapit (Belaga), Miri dan Limbang di Sarawak manakala Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat di Sabah dan WP Labuan turut terjejas.- KOSMO! ONLINE