fbpx
PENYERANG KL City, Safawi (kiri) turut dipalit kecewa selepas jaringannya di separuh masa pertama dibatalkan oleh pengadil perlawanan. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Piala FA: KTRW FC tetap layak walaupun tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hasrat Kuala Lumpur City merebut slot suku akhir  tidak kesampaian apabila hanya menang tipis 1-0 ke atas Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) pada aksi kedua pusingan 16 Piala FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Satu gol itu belum cukup untuk mengatasi kelebihan pelawat yang menang 3-1 pada perlawanan pertama di Kota Bharu, 18 Ogos lalu sekali gus menyaksikan KTRW FC layak ke suku akhir dengan agregat 3-2.

KL City yang terdesak mencari tiga gol dilihat mendominasi aksi di babak pertama dan berjaya merobek gawang lawan pada pada minit ke-17.

Bagaimanapun jaringan Safawi Rasid itu dibatalkan selepas pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati bola terlebih dulu terkena tangan.

Skrip hampir sama terus berulang di babak kedua dan minit ke-71 usaha bertali arus KL City membuahkan hasil, menyaksikan Victor Ruiz Abril menghasilkan gol pertama tuan rumah.

Menyedari masih memiliki kelebihan satu gol, KTRW FC kekal berdisiplin melakukan tugasan bertahan hingga menyukarkan jentera serangan tuan rumah menambah jaringan.

Di suku akhir, KTRW FC dijadualkan menentang pemenang antara Sabah dan Bunga Raya FC.

Dalam aksi di Stadium Negeri, Kuching City menang 7-1 ke atas DPMM FC untuk layak ke suku akhir dengan kejayaan 9-4 secara agregat sekali gus menempah pertemuan dengan Terengganu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN