fbpx
KL CITY berdepan tugas berat untuk menukar keputusan aksi pertama ketika turun menentang KTRW nanti.

Piala FA: ‘Cuti panjang’ resahkan KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAHUAN pemain bakal menjadi nadi utama kepada Kuala Lumpur City untuk mencipta kebangkitan pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala FA menentang Kelantan The Red Warriors (KTRW) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini.

Bagaimanapun, pengendali Kuala Lumpur City, Risto Vidakovic turut menzahirkan rasa bimbang tempoh rehat antarabangsa akan memberi kesan kepada persembahan pasukan.

“Tidak bagus, ketika kami sudah ada keyakinan kami terpaksa menanti terlalu lama untuk aksi seterusnya. Perlawanan pertama selepas cuti rehat adalah aksi Piala FA dan pastinya kami akan beri segala-galanya.

“Kami cuba untuk menterbalikkan keputusan (perlawanan pertama). Kami ada masa untuk melakukan penambahbaikan dan saya juga bangga dengan pemain.

“Mereka sentiasa mencari motivasi untuk berlatih dan beri apa saja dalam perlawanan. Sudah pasti saya bangga untuk memiliki mereka dan mereka juga sebenarnya berhak untuk mendapatkan kemenangan,” katanya.

Kegusaran Vidakovic terhadap risiko kehilangan momentum ada asasnya selepas The City Boys merekodkan keputusan cemerlang dalam dua perlawanan terakhir, tewaskan Penang FC 2-1 dan atasi PDRM FC 3-1.

Aksi kali ini menyaksikan KL City perlu memanfaatkan aksi di tempat sendiri untuk mengubah nasib selepas mereka tewas 1-3 kepada KTRW pada aksi pertama di Kota Bharu sebelum ini.

Misi utama KL City ketika ini pastinya menjurus untuk merubah pencapaian musim lalu apabila sekadar bermain di pusingan 16 selepas tewas 3-2 kepada Kuching City.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN