fbpx
BULI sering dikaitkan dengan alasan sebagai sebahagian daripada proses membesar anak-anak. – GAMBAR HIASAN

Pelajar terbabit buli di Sabah digantung sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) memaklumkan pelajar yang terlibat dengan salah laku buli di sebuah sekolah baru-baru ini telah digantung persekolahan.

Menerusi satu kenyataan, jabatan berkenaan memberitahu, tindakan itu diambil pihak sekolah berdasar kepada peraturan-peraturan disiplin yang sedang berkuat kuasa.

“Hukuman gantung sekolah telah dikenakan kepada murid yang terlibat. Di samping itu, murid terlibat juga telah dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk tujuan intervensi,” katanya di sini semalam.

JPNS turut menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku buli yang boleh mengganggu keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah.

“JPNS tidak berkompromi dengan salah laku buli dan akan sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid-murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN