PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya menghala Pantai Timur dan selatan dipenuhi kenderaan orang ramai yang mahu pulang ke kampung atau ke tempat tarikan pelancong, susulan cuti sempena Hari Malaysia dan cuti sekolah.
Menerusi tangkap layar televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati pertambahan kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak iaitu di Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur pada pagi ini.
Keadaan sama dilihat di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan yang mana kenderaan bertambah pada pagi ini dari Nilai menghala ke Seremban, Negeri Sembilan.
Tangkap layar CCTV di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara juga menunjukkan pertambahan kenderaan terutama di Sungkai, Perak. – KOSMO! ONLINE