fbpx
HJULMAND berjaya mengemudi Leverkusen untuk meraih kemenangan pada aksi pertamanya ketika menentang Frankfurt. - AFP

Hjulmand bermula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEVERKUSEN – Dua layangan kad merah mewarnai kemenangan 3-1 Bayer Leverkusen ke atas Eintracht Frankfurt pada aksi sengit awal pagi semalam.

Tiga mata itu memastikan kemenangan sulung Leverkusen musim ini sekali gus melengkapkan debut sempuna buat pengurus pasukan, Kasper Hjulmand yang hadir menggantikan Erik Ten Hag.

“Perlawanan yang menarik, tetapi saya pastinya gembira kerana kami memperoleh tiga mata. Tahniah kepada pasukan dan saya fikir kami tidak membenarkan pasukan lawan mencipta banyak peluang.

“Kami bekerja keras dalam aspek bertahan dan bagi saya masih ada perkara yang kami perlu baik. Apa pun tiga mata kali ini adalah kejayaan penting buat kami,” kata Hjulmand yang juga bekas ketua jurulatih Denmark.

Alejandro Grimaldo menjadi watak penting kepada Bayer Leverkusen apabila meledak dua gol diikuti satu jaringan Patrik Schick, manakala gol tunggal lawan dihasilkan oleh Can Uzun.

Dua pemain Bayer Leverkusen, Robert Andrich dan Ezequiel Fernandez pula tidak dapat menamatkan perlawanan apabila kedua-duanya terima dua kad kuning.

“Kami cukup bagus ketika melakukan tekanan kepada pasukan lawan. Saya tidak mahu terlalu mengkritik (tentang kad merah) tetapi ketika ini saya sedang menikmati kejayaan yang kami raih pada perlawanan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI